Latar belakang Pilihan_raya_umum_United_Kingdom_2010

Parti Buruh diramalkan tumbang sejak awal-awal lagi kerana kalah teruk dalam pilihan raya tempatan dan pilihan raya Parlimen Eropah. Secara tradisi parti pembangkang akan berunding dengan pegawai-pegawai kerajaan tentang kemungkinan transisi. Oleh itu, sejak Mac 2010, Ketua Pembangkang David Cameron telah memulakan siri mesyuarat rasmi dengan Ketua Setiausaha Negara Britain, Sir Gus O'Donnell. David Cameron dikatakan membawa imej Barack Obama.[8]

Kempen pilihan raya agak menarik kerana adanya siaran langsung debat terbukayang menyerupai pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Pada 22 April 2010 ,Sky News menyiarkan debat terbuka tentang dasar luar negara. Pada 29 April 2010 ,siaran langsung debat terbuka tentang isu ekonomi.

Debat terbuka selama 90 minit oleh sebuah stesen TV tempatan yang beribu pejabat di Yorkshire, ITV1. Gordon Brown (Buruh), David Cameron (Konservatif) dan Nick Clegg (Liberal Demokrat) cuba menonjol karisma masing-masing. Debat secara langsung ini disiarkan ke seluruh negara. Tinjauan awal ITV, YouGov/The Sun, Channel Four, dan Sky News mendapati Nick Clegg lebih popular.

Parti Konservatif tidak memenangi kerusi yang mencukupi dalam sistem 'pertama menduduki jawatan' berhak mendapat majoriti penuh di Dewan Umum. Oleh Parlimen akan tergantung dan mungkin mencetuskan perebutan kuasa di Britain. Kekalutan ini pernah berlaku pada 1974.

Parti Buruh sudah berkuaa selama 13 tahun.

Gordon Brown bertanding di tempat asalnya Scotland.

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_umum_United_Kingdom_2010 http://news.smh.com.au/breaking-news-world/britain... http://www.theywantyourvote.com/wiki/index.php?tit... http://www.yournextmp.com/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pilihan... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.politicsresources.net/area/uk/ge10/ge10... http://web.archive.org/web/20100430183520/http://m... http://www.electionprediction.org/2009_uk/index.ph...